Tuesday, July 28, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA DAN SERAH TUGAS PENGARAH HOSPITAL SERDANG

MAKLUMAN MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH HOSPITAL & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA HOSPITAL SERDANG PADA 27 JULAI, 2015 (Isnin).
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Serdang akan menganjurkan 2 majlis dalam 1 seperti yang tersebut di atas.
 
Program ini terpaksa diatur dalam masa yang singkat kerana Hospital Serdang telah mendapat Pengarah Hospital yang baru ekoran pertukaran kembaliY.Bhg Dato' Dr. Ardi bin Hj. Awang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 10 Julai, 2015 sebagai pengarah hospital disana.
 
Bagi makluman semua anggota Hospital Serdang, Pengarah Hospital Serdang yang baru ialah Y.Brs Dr.Laili Murni binti Mokhtar dari Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Putrajaya. Maklumat terperinci mengenai beliau hanya akan diketahui semasa majlis serah tugas kelak.
 
Atur Cara interim bagi 2 majlis ini adalah seperti yang berikut:-
 
 
Aturcara Majlis PenyerahanTugas Pengarah Hospital Serdang dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Tarikh: 27 Julai 2015 (Isnin)

8.00 pagi
: Pendaftaran.
8.30 pagi
:Ketibaan tetamu-tetamu kehormat.

-Bacaan doa.

-Nyanyian Lagu Negaraku dan Kami Sedia Membantu, KKM.

-Ucapan aluan oleh Mantan Pengarah Hospital Serdang.
(YBhg. Dato’ Dr.Ardi Bin Haji Awang).

-Sesi Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Serdang.
- Ucapan aluan oleh Pengarah Baru Hospital Serdang.
(Y.Brs. Dr.Laili Murni Binti Mokhtar)

-Persembahan Koir.

-Tayangan multimedia.
11.00 pagi
-Jamuan Hari Raya Aidilfitri.
 (Ruang Legar Aras 3)


Pakaian:

Lelaki : Baju Melayu/ Pakaian Tradisional

Perempuan : Baju kurung/ Pakaian Tradisional


GAMBAR-GAMBAR

Unit Psikologi dan Kaunseling telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Sosial (MSW), Unit Kualiti dalam menyediakan "Tauhu Sumbat", di mana rupakan salah satu menu pada majlis raya ini.







No comments:

Post a Comment