Tuesday, July 28, 2015

"CINEMA" TERAPI 


Perkahwinan adalah dua penyatuan hati dalam melayari bahtera hidup. Dewasa ini, mengekalkan status perkahwinan adalah suatu yang mencabar.

Aplikasi bahasa cinta dalam mengekal serta menyuburkan perkahwinan adalah penting. Usaha para pasangan adalah perlu dalam memastikan kebahagiaan rumahtangga.

Sekiranya para staf Hospital Serdang dapat memastikan kebahagiaan  rumahtangga masing-masing, tumpuan dan prestasi terhadap mutu kerja dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, tekanan staf dapat dikurangkan, staf berasa lebih bermotivasi untuk mencari rezeki, staf juga berasa lebih bahagia serta bersyukur terhadap nikmat hidup yang diperolehi melalui perkahwinan dan kehidupan keluarga yang harmoni.

Untuk membincangkan isu ini, pendekatan cinematherapy akan digunakan untuk membincangkan tips-tips kebahagiaan rumahtangga dan kesannya terhadap kerjaya masing-masing sebagai staf hospital yang tentunya memerlukan komitmen dari segi tenaga dan masa.

Filem yang dipilih ialah Fireproof. Filem ini mengisahkan perkahwinan satu pasangan yang hampir bercerai. Si isteri berasakan bahawa suaminya sangat sibuk dan tidak membantunya dalam urusan rumahtangga. Manakala si suami berasakan urusan seharian rumahtangga merupakan tugas isterinya.Salah faham, pertengkaran, serta kemarahan sering menguasai diri pasangan masing-masing.  Ayah si suami telah menasihati beliau untuk memperjuangkan perkahwinannya dengan menggunakan bahasa cinta. 

OBJEKTIF

 Memperkenal pendekatan cinema therapy dalam membantu seseorang untuk lebih memahami emosi, fikiran serta personaliti diri dan insan sekeliling;

Mendalami teknik serta tips komunikasi dalam rumahtangga.

TENTATIF PROGRAM

9.7.2015
(Khamis)
               
9.00 pagi  – 9.15 pagi        
Pendaftaran Peserta
                
9.15 pagi – 9.30 pagi         
Slot 1
Taklimat dan ice breaking
                
9.30 pagi  – 11.30 pagi      
Slot 2
Cinema therapy: Fireproof
                
11.30 pagi  – 12.30 petang               
Slot 3
Sesi Interaktif

               
12.30 petang – 1.00 petang              
Rumusan
Cinema therapy: Bahasa Cinta


GAMBAR PROGRAM






No comments:

Post a Comment