Tuesday, July 28, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA DAN SERAH TUGAS PENGARAH HOSPITAL SERDANG

MAKLUMAN MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH HOSPITAL & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA HOSPITAL SERDANG PADA 27 JULAI, 2015 (Isnin).
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Serdang akan menganjurkan 2 majlis dalam 1 seperti yang tersebut di atas.
 
Program ini terpaksa diatur dalam masa yang singkat kerana Hospital Serdang telah mendapat Pengarah Hospital yang baru ekoran pertukaran kembaliY.Bhg Dato' Dr. Ardi bin Hj. Awang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 10 Julai, 2015 sebagai pengarah hospital disana.
 
Bagi makluman semua anggota Hospital Serdang, Pengarah Hospital Serdang yang baru ialah Y.Brs Dr.Laili Murni binti Mokhtar dari Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Putrajaya. Maklumat terperinci mengenai beliau hanya akan diketahui semasa majlis serah tugas kelak.
 
Atur Cara interim bagi 2 majlis ini adalah seperti yang berikut:-
 
 
Aturcara Majlis PenyerahanTugas Pengarah Hospital Serdang dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Tarikh: 27 Julai 2015 (Isnin)

8.00 pagi
: Pendaftaran.
8.30 pagi
:Ketibaan tetamu-tetamu kehormat.

-Bacaan doa.

-Nyanyian Lagu Negaraku dan Kami Sedia Membantu, KKM.

-Ucapan aluan oleh Mantan Pengarah Hospital Serdang.
(YBhg. Dato’ Dr.Ardi Bin Haji Awang).

-Sesi Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Serdang.
- Ucapan aluan oleh Pengarah Baru Hospital Serdang.
(Y.Brs. Dr.Laili Murni Binti Mokhtar)

-Persembahan Koir.

-Tayangan multimedia.
11.00 pagi
-Jamuan Hari Raya Aidilfitri.
 (Ruang Legar Aras 3)


Pakaian:

Lelaki : Baju Melayu/ Pakaian Tradisional

Perempuan : Baju kurung/ Pakaian Tradisional


GAMBAR-GAMBAR

Unit Psikologi dan Kaunseling telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Sosial (MSW), Unit Kualiti dalam menyediakan "Tauhu Sumbat", di mana rupakan salah satu menu pada majlis raya ini.







"CINEMA" TERAPI 


Perkahwinan adalah dua penyatuan hati dalam melayari bahtera hidup. Dewasa ini, mengekalkan status perkahwinan adalah suatu yang mencabar.

Aplikasi bahasa cinta dalam mengekal serta menyuburkan perkahwinan adalah penting. Usaha para pasangan adalah perlu dalam memastikan kebahagiaan rumahtangga.

Sekiranya para staf Hospital Serdang dapat memastikan kebahagiaan  rumahtangga masing-masing, tumpuan dan prestasi terhadap mutu kerja dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, tekanan staf dapat dikurangkan, staf berasa lebih bermotivasi untuk mencari rezeki, staf juga berasa lebih bahagia serta bersyukur terhadap nikmat hidup yang diperolehi melalui perkahwinan dan kehidupan keluarga yang harmoni.

Untuk membincangkan isu ini, pendekatan cinematherapy akan digunakan untuk membincangkan tips-tips kebahagiaan rumahtangga dan kesannya terhadap kerjaya masing-masing sebagai staf hospital yang tentunya memerlukan komitmen dari segi tenaga dan masa.

Filem yang dipilih ialah Fireproof. Filem ini mengisahkan perkahwinan satu pasangan yang hampir bercerai. Si isteri berasakan bahawa suaminya sangat sibuk dan tidak membantunya dalam urusan rumahtangga. Manakala si suami berasakan urusan seharian rumahtangga merupakan tugas isterinya.Salah faham, pertengkaran, serta kemarahan sering menguasai diri pasangan masing-masing.  Ayah si suami telah menasihati beliau untuk memperjuangkan perkahwinannya dengan menggunakan bahasa cinta. 

OBJEKTIF

 Memperkenal pendekatan cinema therapy dalam membantu seseorang untuk lebih memahami emosi, fikiran serta personaliti diri dan insan sekeliling;

Mendalami teknik serta tips komunikasi dalam rumahtangga.

TENTATIF PROGRAM

9.7.2015
(Khamis)
               
9.00 pagi  – 9.15 pagi        
Pendaftaran Peserta
                
9.15 pagi – 9.30 pagi         
Slot 1
Taklimat dan ice breaking
                
9.30 pagi  – 11.30 pagi      
Slot 2
Cinema therapy: Fireproof
                
11.30 pagi  – 12.30 petang               
Slot 3
Sesi Interaktif

               
12.30 petang – 1.00 petang              
Rumusan
Cinema therapy: Bahasa Cinta


GAMBAR PROGRAM






Thursday, July 23, 2015

PROGRAM RAMADHAN
ZIKIR TERAPI

Anjuran
UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
(UPsK)

Tempat : Bilik Seminar, Aras 3.
Tarikh : Hingga 2 Julai 2015 (Khamis)
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Penyampai: En. Afandy Bin Sutrisno Tanjung
Pegawai Psikologi Hospital Serdang.

Objektif Program

- Bersama-sama muhasabah diri.
- Menyedari bahawa hidup ini mempunyai tujuan yang hakiki.
- Untuk menyuburkan hati agar sentiasa ingat kepada Pencipta.
- Memberi motivasi kepada peserta agar tidak putus asa dalam kehidupan.





Tuesday, June 23, 2015

TERAPI HAIWAN


Pada 22 Mei 2015, tiga orang Pegawai Psikologi dari unit kami telah diberi peluang untuk mengikuti program "terapi haiwan" di Hospital Rehabilitasi Cheras dan Selangor Royal Polo Club.

Program ini bermula bersama Encik Zulkarnain Bin Ahmad Nazri, pemilik Nana Nine Pets World di Seri Kembangan. Beliau berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai ayah tunggal membesarkan anak bongsunya, Mohd Rozani  yang mengalami masalah pembelajaran, sejak kematian isterinya sejak Rozani dilahirkan. Melalui kisahnya, ternyata bahawa beliau mempunyai sifat kebapaan dan kasih sayang yang mendalam terhadap anaknya. Beliau juga berfikiran dan berpandangan jauh dalam cara beliau menangani cabarannya dengan pendekatan yang tidak konvensional di Malaysia melalui pelaksanaan intervensi pemulihan terapi haiwan untuk anaknya. Kisah beliau boleh diketahui lebih lanjut di sini: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ularsawa__8216_rakankarib__8217_/Article/article_print

Seterusnya, kami berpeluang untuk mendekati makhluk reptilia dalam sesi praktikal. Beliau memberi jaminan bahawa ular-ular yang dibawanya tidak merbahaya dan mengurangkan ketidakselesaan dan ketakutan di kalangan peserta untuk mendekati haiwan tersebut.




Menurut beliau, spesies ular sering disalahfaham dan ditakuti kerana mitos-mitos mengenainya sejak sekian lama. Sebenarnya, ular boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang jinak dan sesuai di samping membawa faedah terapeutik. Semakin lama kami menghabiskan masa dengan ular tersebut, semakin kami merasakan perasaan selesa terhadap makhluk ini. Para peserta yang hadir pada hari itu cukup gembira bermain dengan ular-ular tersebut.



En Zulkarnain menekankan bahawa pilihan haiwan kesayangan iaitu ular untuk anaknya kerana ianya praktikal. Beliau menyatakan bahawa ular tersebut memerlukan perhatian yang sangat sedikit dan bajet yang rendah kerana hanya perlukan penjagaan yang minimum.

Pengembaraan kami diteruskan lagi ke Selangor Polo Club Royal di Ampang dengan menaiki bas yang disediakan. Encik Muthusamy A/L Kandasamy, Jurulatih Terapi Berkuda yang terlatih dan berpengalaman, berkongsi tentang program-program yang ditawarkan melalui Riding for the Disabled Association (RDA). Ini adalah sebuah badan amal berdaftar dan berada di bawah naungan Diraja YAM Raja Dato 'Seri Azureen Sultan Azlan Shah.

Sukarelawan datang setiap hari untuk membantu dengan penjagaan kuda dan memberi latihan / terapi bagi kanak-kanak bermasalah mental dan fizikal. Kanak-kanak ini mendapat manfaat dari segi mental dan fizikal apabila mereka mengambil bahagian dalam terapi kuda, yang mengajar mereka kemahiran sosial, kepercayaan, keupayaan untuk membina keyakinan diri, keseimbangan badan dan kekuatan otot. Untuk mengetahui lebih tentang program ini, sila layari untuk maklumat lanjut: http://rda-malaysia.com/



Salah seorang daripada Pegawai Psikologi kami iaitu Cik Oon Yen Min sangat bertuah kerana menjadi salah seorang peserta terpilih untuk cuba menunggang kuda. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai kerana adanya cabaran tambahan iaitu menunggang secara "buta". "Guiders" yang terlatih dan berpengalaman memastikan pengalaman itu selamat, meyakinkan serta menyeronokkan untuk para penunggang.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Terapi Pertuturan Hospital Serdang, Unit Terapi Pertuturan Hospital Rehabilitasi Cheras dan Persatuan Patologis Pertuturan - Bahasa Malaysia (SPEAK).

Thursday, June 18, 2015

“PROGRAM TEAM BUILDING” TEMA : BERSATU KITA TEGUH!

Objektif

a)      Menyedari bahawa setiap orang adalah penting dalam mana-mana organisasi.
b)      Memahami bagaimana, personaliti, genderdan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi seseorang.
c)      Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenisberfikir yang berkait rapat dengan program ini.
d)     Membangun Pelan Tindakan Diri untuk memastikanSatu Pasukan Kerja yang Berkesan dapat diwujudkan.



Aturcara Program:

Tarikh

Masa

Perkara

26/05/2015
(Selasa)
8.00 pagi - 8.30 pagi
Pendaftaran/sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi  
Pengenalan dan Taklimat Kursus
(Puan Aina Mazwin Bt Mohamed Radzi)
8.45 pagi – 10.30 pagi
Slot 1: Ice-breaking/ Team Building
(Encik Hairolnizam Bin Abdullah)
10.30 pagi 11.00 pagi
Minum pagi.
11.00 pagi -12.00 pagi
Slot 2: ESQ
(Encik Hairolnizam Bin Abdullah)
12.00 pagi - 1.00 tgh
Bersama Menuju Kegemilangan (Ceramah dan LDK)
(Encik Hairolnizam Bin Abdullah)
1.00 tgh - 2.00 ptg
Makan tengahari/Rehat/solat
2.00 ptg -3.00 ptg
Slot 3: Komunikasi dalam Kumpulan (games)
(Encik Afandy Bin Sutrisno Tanjung)
3.00 ptg – 4.30 ptg
Mengenali Diri
(Cik Valerie Oon Yen Min)
4.30 ptg- 5.00 ptg
Refleksi/Kesimpulan hari pertama
(Pn Aina Mazwin Bt Mohamed Radzi)

5.00 ptg
Bersurai

Tarikh

Masa

Perkara

27/05/2015
(Rabu)
8.30pagi - 9.00 pagi
Sarapan pagi
9.00 pagi - 10.00 pagi
Slot 4: LDK: (puzzle)
One for All, All for One!
(Encik Afandy Bin Sutrisno Tanjung)
10.00 pagi – 10.30 pagi
LDK: Rantai Ajaib
(Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung)
10.30 pagi -11.00 pagi
Rehat
11.00 pagi – 1.00 ptg
Slot 5: Saya-Awak- Kita!
dan LDK.
(Puan Noor Hafizah binti Abd Halim)
1.00 tgh - 2.00 ptg
Makan tengahari/Rehat/solat
2.00 ptg -3.00 ptg
Slot 6 : “Bersatu Kita Teguh” : Our Tower
(En. Mohamad Rodi Bin Ishak)
3.00 ptg – 4.00 ptg
LDK: Team Building Games : Tema: P.Ramly
(semua fasilitator)
4.00 ptg - 4.30 ptg
Rumusan / Penilaian kursus
(Pn Aina Mazwin Bt Mohamed Radzi)
4.30 ptg – 5.00 ptg
Penyampaian Sijil penyertaan

5.00 ptg
Bersurai

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM









KENANGAN KAMI SEMUA..






Wednesday, April 22, 2015

KOMUNIKASI BERKESAN: "HEBAT KOMUNIKASI MENAMBAT HATI"

Objektif Program


1) Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan berkomunikasi dengan tepat.

2) Membantu peserta membina kemahiran komunikasi secara efektif dalam kerjaya dan kehidupan seharian.

3) Meningkatkan daya komunikasi dari segi profesional demi pelaksanaan kerja yang produktif.  

4) Menggunakan komunikasi berkesan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi kepuasaan pelanggan di hospital.


Aturcara Program:



Tarikh

Masa

Slot












22.04. 2015
    (Rabu)
8.00 pagi - 8.30 pagi
Pendaftaran Peserta/ Minum pagi
8.30 pagi - 9.30 pagi
Taklimat Pengenalan Komunikasi
En. Mohamed Rodi Bin Ishak
PPP Pejabat Penyelia

9.30 pagi – 10.45 pagi
Slot 1:
Mendengar Secara Aktif/ Aktiviti
En. Afandy Bin Sutrisno Tanjung (Pegawai Psikologi).
10.45 pagi – 11.00 pagi
Rehat

11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Slot 2:
Halangan Dalam Komunikasi/ Aktiviti
Pn. Aina Mazwin Mohamed Radzi, (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling).

12.00 tengahari – 1.00 petang
Slot 3:
Komunikasi Bukan Lisan/ Aktiviti
En. Afandy Bin Sutrisno Tanjung, (Pegawai Psikologi)
1.00 tengahari – 2.30 petang
Rehat / Makan Tengahari
2.30 petang – 4.30 petang

Slot 4:
Komunikasi Secara Tegas / Aktiviti
Cik Oon Yen Min,
(Pegawai Psikologi)
4.30 petang – 5.00 petang

Rumusan Program & Borang Maklumbalas
En. Afandy Bin Sutrisno Tanjung
(Pegawai Psikologi)
5.00 petang
Bersurai


Sesi Bersama En. Mohamed Rodi Bin Ishak
(Taklimat Pengenalan Komunikasi)





Sesi Bersama Encik Afandy Bin Sutrisno Tanjung
(Komunikasi Bukan Lisan/ Aktiviti)







Sesi Bersama Puan Aina Mazwin Mohamed Radzi
(Halangan Dalam Komunikasi/ Aktiviti)










Sesi Bersama Encik Afandy Bin Sutrisno Tanjung
(Komunikasi Bukan Lisan/ Aktiviti)












Sesi Bersama Cik Oon Yen Min  
(Komunikasi Secara Tegas / Aktiviti)






























Sesi Penyampaian Sijil Kepada Peserta oleh Puan Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi Kepada Semua Kumpulan 








Anugerah Kumpulan Terbaik




Sesi Bergambar 







Terima kasih semua!!